Wednesday, June 16, 2010

048: Realiti itu pedih...siapa kawan...siapa lawan....siapa kah yang paling kejam?...


Bila cinta berlabuh di hati, kita akan tersenyum tanpa dipinta. senyum jadi terlalu mudah. Itu bila cinta berlabuh di hati. Namun pernahkah tetanya bila hati jatuh cinta...tapi cinta itu terlabuh di tempat yang salah?....bila si so called lelaki yang telah punya permaisuri hati kini mula menabur cinta pada insan lain.

Menyorok status demi nafsu sendiri sudah pasti. Namun bila rahsia terbongkar, perempuan yang jadi mangsa. Dituduh oleh manusia yang bergelar isteri, hanya kerana awak punya status isteri. Sedang awak insan buta hati, tidak pernah melihat kebenaran yang tersingkap. Lelaki yang awak gelar suami tak pernah mengaku dia beristeri. Adakah itu salah siperempuan!...Siapa yang pencetus cerita di sini. Awak gelar diri awak perempuan baik hanya kerana gelaran isteri itu awak punya. Awak maki dan hina perempuan lain hanya kerana awak ISTERI?. Silelaki dengan bangga mencanang perempuan itu sebagai girlfren tapi tak pulak mahu mengaku punya isteri sehebat awak?.

Maafkan aku kalau catatan ini mengguris kalbu, aku juga perempuan. Namun aku tak buta hati untuk terus menghukum insan lain hanya kerana salahnya org yang aku sayang! Ya Allah...biar manusia lain menghukum aku jangan Engkau butakan hati aku untuk menjadi jahil seperti mereka. Jangan Engkau dangkalkan hati aku. Biar mata akalku tajam menghadapi hidup yang penuh ranjau ini..Amin!

Awak gelar perempuan itu dengan pelbagai gelaran. Sedang awak cuba menolak hakikat yang memula semua cerita dan masaalah adalah insan yang awak kongsi katil dengannya. Menghindar hakikat buat awak rasa selamat. Tapi pernahkah awak terfikir selama manakah rahsia ini akan tersimpan. Siapa yang paling teraniaya?. Awak Isteri juga teraniaya, kerana awak tidak diberikan hormat seadilnya. Tidak diberi tempat yang sepatutnya!. Entah hal rumah tangga sesuatu yang sukar di jawab. Aku tak layak memberi sebarang komen. Aku masih belum menghadapinya, namun aku bukan bodah dan buta hingga tidak belajar dari pengalaman orang lain dan kisah yang aku jadi saksi sejarahnya!

Itu kisah perempuan dan Isteri. Bagaimana pula kisah kawan yang mengaku kawan terbaik namun menyorokkan hakikat. Konon alasan itu hidup mereka. Siapa aku untuk masuk campur. Atau mungkin aku takut andai aku bagitau engkau tak percaya atau tak mampu menerimanya. Hebat kan?...Engkau jaga anak bini engkau dengan baik, keluarga mu dengan baik. Menyorok sebuah hakikat yang engkau tahu akan memusnahkan rumah tangga org lain tak pulak salah. Lupa pulak yang engkau juga punya anak perempuan. Bagaimana nanti kalau itu terjadi pada anak perempuan kamu. Tidak kira dia dipihak Girlfren atau Isteri. Orang lain menyorokkan kebenaran sama seperti yang kamu buat pada pihak insan yang awak kenal sebagai kawan. Mungkin orang yang awak sangka jahat atau kelihatan jahat di mata anda seribu kali lebih baik dari kamu. Dan manusia yang awak nampak sempurna dan pijak semut tak mati itu adalah Setan terunggul! Dan aku percaya pada Qada dan Qadar dan pembalasan....Pembalasannya akan tiba...mungkin bukan hari ini...tapi esok itu pasti cuma kita tak pernah tahu bila...mungkin bukan pada hidup ini...tapi tak mustahil pada keturunan kita kan?....

Biarlah aku tinggalkan ini dengan seribu persoalan....kerana aku bukan si Pemberi Hukum...sekadar bercerita, berkongsi apa yang aku lihat...mengajar diri agar tabah dan bijak membuat keputusan...betapa hati rasa sedih.....namun yang dapat membetulkan semua ini bukanlah aku...cuma berharap agar mereka terbuka mata dan mindanya.....mencari hikmah atas kejadian, mencari jalan penyelesaian tanpa perlu runtuuhkan pertalian yang ada....Amin....Innalilllahiwainnahilaihirojiun.......

No comments: