Saturday, August 27, 2011

0171 : Kalimah Cinta

Berlagu tenang pada kertasnya hati
Terang kalimah anugerah Yang Maha Esa

Kala tinta cinta itu dikurnia Yang Maha Agung
Hadir bagaikan desir angin
Sekelip mata
Jiwa mula bergetar
Hati rasa bergelora
Ada rasa, ada nyawa
Benih-benih kasih mula bercambah
Menghadirkan rindu yang tidak bertepi

Biar bisu dibibir
Hati mula berzikir kalimah cinta
Mencari dalam jaga dan tidur
Di manakah cinta hatiku?
Merintih memohon anugerah dari Yang Maha Penyayang
Penuh kasih, penuh harap
Agar kalimah cinta
Dirahmati Yang Maha Agung

[ Naa @ Aara Yara @ Umah Tok Mad 1.20 am 27 Ramadhan 1432 @ 27 August 2011 ]

Tuesday, August 23, 2011

0170: Bila ingatan itu hadir tanpa rasa terbeban

Lama betul aku tak menulis di sini...terlalu banyak yang terjadi, x sibuk sangat...tapi entahlah...hanya Allah yang tahu kenapa...

Alhamdulillah banyak betul hikmah dan kasih yang aku dapat sejak diduga...Sungguh aku rasa sangat bersyukur, masih diberi nafas untuk melihat mentari hari ini...dan hari ini aku telah mampu mengingati semua dugaan itu tanpa rasa marah dan terbeban...hati telah menerima...hati telah melepaskan...hidup itu perlu diteruskan...ingatanku kian pulih...dan sepanjang itu My Hachi is there...in his own way, biar dia sendiri diduga sebegitu hebat...Allah lebih tahu...

4 bulan lebih aku kembali ke rumah abah, mencari diri, mencari redhaNya dan Ramadhan ini sangat bermakna...hadirnya orang baru dalam keluarga kami dan Nikmat terindahNya adalah bila hati rasa lapang mengingati dugaan itu...bila kenangan silam itu tidak lagi mampu menghadirkan rasa terbeban, marah, sedih dan terluka...Alhamdulillah aku dah berjaya melepaskan rasa itu....dan aku bersyukur aku dipilih untuk diuji...

Ramadhan ini terlalu indah bagiku.....KasihMu begitu banyak bagiku....Alhamdulillah Wahai Yang Maha Kuasa...Engkau sentiasa menjagaku....

Friday, August 12, 2011

0169: Catatan Ramadhan 1432H

Dah 3 mths aku kat Kedah...Alhamdulillah banyak benda yang semakin baik dan pulih...syukur pada Yang Maha Kuasa..Dia Yang lebih tahu....
Banyak benda yang berlaku kat sini....bermacam pengalaman yang aku kutip...especially about sihir menyihir nie....ada 2 kisah yang aku rasa ingin berkongsi...sebenarnya banyak lagi tapi yang 2 nie sangat menyentuh hati aku..dan orang yang tahu kisah nie...

Kisah 1...

Ada sorang pak cik nie...let us call him Pak Mail (bukan nama sebenar)...selepas isteri dia meninggal...dia kahwin lain..dia nie ada anak 3 org..semua lelaki...lemah lembut orangnya...dan dia nie Imam kat surau kg dia....almost 2 years plus jugak aku tak jumpa dia..heran gak naper...bila tanya then my abah citer yang dia sakit...dia sakit sampai lumpuh....berubat merata...gi hospital they found he is find...tapi xleh berjalan...at last dia berubat boleh berjalan balik...yang sedihnya bila tau wife dia sihirkan dia kerana tanah...Ya Allah...cam tak sangka...sebab diorang selalu datang rumah kami waktu Pak Mail sihat...now he can walk...but he forgot lots of things...bila tengok keadaan dia rasa cam nak nangis...sumtimes bila solat dia baca surah 3-4x....tak rukuk2....Namun Allah itu Maha Berkuasa...dia sudah boleh berjalan...sudah boleh mengurus diri....Manusia itu dengki apabila dia dengki...dia lupa berlaku kejam terhadap hambaNya walau apa jua alasan adalah zalim..dan zalim itu haram....

Kisah 2...

Ada sorang abang nie...umur dalam early 40an...orangnya kerja biasa ja....dah ada family...anak dia 4 orang...call him Abg Man la...(bukan nama sebenar gak)...tersurat la yang dia ada masalah rumah tangga dengan bini dia...maka bercerai lah mereka...wife dia maybe bengang dengan dia..maka sihirkan dia...Wallahualam how she done that...but apa yang terjadi tu agak teruk...Abg Man ni jadi bisu...bila jumpa orang dia lari...suka ngamuk tanpa sebab...lama dia macam tu...hidup dia mcm katak dalam tempurung...mak dia berusaha mcm2 nak sembuhkan anak dia...kena tipu sana...kena tipu sini...even with the person called ustaz ...mak dia siap jual tanah untuk ubatkan Abang Man..."Tak pa la...Mak long cuma berserah pada DIA, hanya berdoa Allah sembuhkan Abang Man hangpa nie...buat apa Mak Long ada harta tapi anak mak long macam nie..sekurang-kurangnya bila mak long tak dak dia dapat urus diri dia sendiri...Dan Alhamdulillah...Abang Man dah boleh solat....dah tak takut jumpa orang, cuma sekarang dia masih belum boleh bercakap...dia dah mampu tersenyum...tak lagi macam dulu, lari bila nampak orang lain selain mak dia...Alhamdulillah....

Bila terkenangkan apa yang aku lalui...semasa aku di Darussyifa dan Darul Hikmah...sihir nie dah mcm trend...x mengenal mangsa...jangan kata orang yang alim tu tak kena...apa yang aku belajar sepanjang ini...semua berlaku atas izinNya...ujian Allah itu kepada orang yang mampu...jangan putus asa....dengan izinNya setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali Mati...Janganlah mencari jalan singkat dengan memilih untuk menyakiti insan/makhluk lain...kita diberi akal untuk berfikir...jangan buta hati sampai kita lupa siapa yang berkuasa...setiap perbuatan kita pasti ada balasannya....itu pasti....dan janganlah kita jadi dangkal untuk menghukum sedang kita hanyalah hamba di muka bumi Allah ini...Moga Ramadhan ini membawa kerahmatan, keberkatan ,kebahagiaaan dan kesejahteraan buat semua...Yang baik itu dari Allah semuanya....

[ rindu pada my Hachi, moga dia dilindungi....kami dok sibuk nak sambut abang ipar baru...]

Tuesday, August 2, 2011

0168 : Hari kedua puasa

Alhamdulillah selesai sudah 2 hari berpuasa…moga diterima Yang Maha Esa…

Rindunya kat my Hachi. Sayu pulak dengar suara dia…jauh from everyone, having puasa with his colleagues…Solat terawih tengah malam….ada dua sesi…satu lepas Isyak…yang satu lagi diorang buat pukul 12 mlm…almaklumla diorang kat sana kejer....bila terkenang make me really adore them…hanya orang yang tabah dapat bekerja cam diorang…2 months without family….jauh dari semua…kalau apa-apa terjadi kat sana pun bukan mudah…it takes few hours to reach port, belum hospital lagik….

Teringat kisah kawan my Hachi, He can just coming back after 3 days of his father passed away….weather not so good that time, that has delayed the crew boat to move. Apart from that the journey from the oilfield takes more than 10 hours. Bila dah sampai darat then it already midnight and the flight to Sabah cuma esok….hmmmm betul2 makes me feels sayu…mereka memang orang2 yang tabah….memilih kerjaya sedemikian…

Panjang betul aku balik kali nie…my family hopes that I will stay here…rasanya tak…sebabnya aku masih ingin mengejar impianku….masa mula2 balik, myself full of stress n anger….rasa sakit…stress dek perkara yang tak dpt kita lihat dgn mata kasar…Alhamdulillah semuanya semakin pulih…aku mula ingat tentang banyak perkara…lebih cool…Alhamdulillah…ALLAH lebih tahu dan aku percaya ujian itu untuk orang yang mampu…Kebenaran itu benar2 mengejutkan…Iman bukan pada luaran…syukur aku masih dijaga Yang Maha Esa…diuji bukan alas an untuk kita menduakan dia…sedang Allah itu Maha Kuasa…Al Quran dan Al Sunnah sentiasa ada untuk kita semua…kenapa bila diduga kita tidak mahu mencari penawarnya berpandukan Al Quran Dan Al Sunnah. Ilmu pengasih, ubat dan macam2 lagi. Semuanya ada dalam Al Quran. Kesembuhan itu milikNya…minta pada DIA. Yang membantu hanya perantara, yang mengurnia segala apa yang kita ada adalah ALLAH Yang Maha Esa….

Syukur pada kesembuhan ini….banyak lagi dugaan masa depan setelah aku terpaksa melepaskan apa yang aku ada hanya kerna sebuah aniaya…aku berserah pada Yang Maha Esa, DIA yang lebih tahu kenapa aku yang diduga. Dan aku redha menerima ujian ini. Hanya mampu meminta Yang Maha Esa menjagaku, Mengurniakan ketabahan untuk menghadapi hidup…kebenaran itu pahit dan terkadang kita tak mampu bersuara biar bukan kesalahan kita…Terima kasih buat kawan2 yang sudi membantu bukan sesiapa ini..My Hachi…betapa sabarnya dia menghadapi aku semasa aku sakit, keluargaku yang sentiasa ada untukku…dan orang2 yang membantuku biar baru kali pertama mengenali yang bukan sesiapa ini….ALLAH Maha Besar, Dugaan ini telah mengajarku banyak benda yang aku jahil sebelum ini…Syukur Ya Allah….
Aku rindu pada kesayanganku…semoga dia dijagaMU Ya ALLAH…semoga Ramadhan ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan buat kami sekeluarga….Kurniakanlah kekuatan, ketabahan dan kesenangan pada kami di dunia dan akhirat….Sayangi dia Ya Allah, kerna aku tahu bila dia dikasihiMu hidupnya kan lebih baik biar aku bukan disisinya….