Saturday, May 22, 2010

033: Bening subuh ini....

Mesti korang perasan entry yang sedih2 dalam blog ni lately. Memang hati tgh sedih. Perkara lama berulang kembali. Mimpi lama yang dah lama aku ingin lupakan terus kembali menghimpit perasaan aku. Entah?...petunjuk?...Entah?...Andai manusia dah tahu rahsia Yang Satu...pasti hidup tu mudah kan?...

Andai kata manusia ini sentiasa dapat apa yang kita idamkan???...mesti hidup ni jadik terlalu mudah...mestilah semua orang xder masalah...mana ada benda yang adil dalam dunia ni...Itu pasti!!!...Apa pun...aku cuma berharap aku makin tabah. Aku ingin hentikan semuanya. Nampak terlalu mudah. Namun tak semudah meluahkan melalui kata-kata dan perkataan dalam blog ini. Itu perasaan aku saat ini.

Bila apa yang diusaha, akhirnya terpaksa dilepaskan....Ini bukan yang pertama. Namun kenapa rasa sakitnya masih mencegkam jiwa yang paling dalam?. Tertanya sendiri!...sepatutnya kali entah keberapa patutnya lebih mudah kan?. Tapi kenapa tidak bagi manusia yang bernama Naa???...Apa pun Alhamdulillah....aku bukan orang yang sanggup lukakan insan lain. Aku tahu ia sukar. Aku tak perlu menurut nafsu demi selesaikan masalah sendiri. Walau mungkin orang kenal aku gila-gila. Namun aku bukan seorang insan yang akan terburu-buru dalam membuat keputusan! Bukan juga akan ambil pusing kalau engkau bukan dalam listed family n frens!!! harap maklum!

Sesungguhnya...aku tak harapkan simpati sesiapa di sini. yang aku ingin ialah Tuhan kurniakan kekuatan dan ketabahan jiwa dan iman menghadapi apa yang terjadi dalam hidup. Bukan kali pertama terduga. Bukan maksud banyak kali ia mampu menggoncang aku menjadi jahil dan penting diri! Tidak! lupakan niat korang, kerana itu bukan dari seorang insan yang bernama Naa. Selagi aku bertaut pada taliNya...sejahat mana aku pada pandangan korang...aku bukan begitu!...Jangan kau ingat aku akan tewas dalam hidup hanya kerana dugaan ini. Jangan pernah terlintas di fikiran!. Aku akan terus melangkah....andai letih, aku akan berhenti tapi bukan mengalah. Cuma melepas lelah mencari diri...meminta petunjuk dari Yang Satu!


Hati sedikit semak, namun minggu ini aku akan kembali keteratak Tok Mad. Semoga semuanya dipermudahkan! Di sana hatiku terubat...dalam dakapan abah dan mak.
Wahai Pemilik Langit dan Bumi, Tunjukkan aku jalan dan berikan aku kekuatan menyelesaikan kekusutan hati ini dengan jalan yang tidak akan menyakiti mana-mana insan. Berikanlah hikmah dan bukakan hati mereka untuk melihat kesalahan diri dan kebenaran yang selama ini menjadi rahsia. Amin YaRabbalamin........

No comments: