Saturday, April 3, 2010

021: Alhamdulilllah…..


Aku baru balik dari Johor, penat terasa lagi nie. Balik jer dah sibuk dgn kejer. Still sedih dengan apa yang menimpa kakak ipar aku baru-baru nie. Apa pun dia seorang yang tabah, dan kami semua akan tabah jugak menghadapi apa yang akan datang selepas nie. Moga semuanya berjalan seperti apa yang diharapkan. Doa padaNya tak pernah putus…InsyaAllah, everything will be just fine and well…Amin.


Lupakan pasal tu seketika. Hati rasa gembira sikit, sebabnya lama dulu my mum ader krisis dgn my abang and kakak ipar. Punya la lama jugak abang aku tak balik and so on. So masa aku dok JB aku selalu gak gi umah abang aku nie. Alhamdulillah semua anak sedara memang la syg sgt kat aku. Maklumla, aku kan sempoy orgnya…heheheheheheh…kembang aihhh…


Then bila baru ni dapat tahu kakak ipar kat JB tu sakit kami pun pi la reramai. Semua pakat ber’bandar’ kat JB. Dan kami semua dah pakat akan pi sana lagi masa operation nanti. InsyaAllah. Memula tu mcm biasa la…Dingin terasa. Aku dgn K Teh, buat bodo jerk…tapi aku tak pernah berhenti pujuk mak aku maafkan abang aku. Tiap kali ader peluang, aku selalu citer pasal abang aku. Lupakan yang lepas-lepas. Dan tiap kali apa-apa jadi kat kampung pun aku selalu pesan kat Kak Teh dengan adik aku bagitau kat kami semua. Kami jauh, dan apa pun itu wajib, dia pun anak mak dgn abah gak. Alhamdulillah, adik dan kakak aku tak pernah hampakan permintaan aku. Sebab kalau apa2 jadi pada mak abah, kami akan jadi berdosa sbb tak fulfill tanggungjawab sbg adik.


So the next day kami semua pi tidor kat Bt Pahat pulak. Umah abg aku yang tu arrr. Mak mcm happy jer sikit. Dah nampak dia ok, hehehehhehe..lega. Sebab my mum is very ego type. Sangat susah nak ambik hati dia. Sekarang ni dia dah makin lembut hati. Syukur sangat. Aku bawak dia jejalan kat Bt Pahat, happy dia. Tidoq sana semlm then balik ke Bt Caves melawat Pak Su. Habih jer mlm tu jugak kami ke Banting. Abang aku sekarang dok buat catering kat sana. Ni rumah sewa dia.


Dalam perjalanan tu, ada ka dia pi bawak kami ikut short cut. Pastu lalu hutan mana ntah. Hati dah tak sedap. Apa lagi, smpai jer umah kena la marah. Sanggup tinggal rumah sendiri demi nak kejer and so on. Padahal marah dia tu sebab abg aku bgtau dia dok kat Bandar, tapi jln yang kitorg lalu tu kebun hapa ntah, tak dak lampu jln segala. Mula la hati dia risau ingat abg aku hidup susah kat situ. Apa lagi, kena la. Aku dgn K Teh dah agak dah. Nasib la abg aku ni baik….diam ja dgr ceramah kul 2 pagi….


Esoknya pagi jer Subuh, kena lagi sekolah, siap merajuk nak balik Kedah naik bas. Abang aku diam jerk, then pujuk dia. Akhirnya dia setuju abg antar dia balik Kedah, yer la…dia ada bgtau dia tak larat la naik bas, lama sangat. Alahai, kalau tak kejer nak jer aku antar dia balik.


Hmmm...pastu kitorg pi la Pantai Kledang, tangkap udang. Best!!!!. Siap dapat ikan besaq, balik jer aku jadik itam main panas. Hambik ko. Mak diam jer. Tadi dalam lori dah pesan, balik nanti bwk mak ikut jln hiway…byq lebih sikit tak pa. Aku dgn K Teh dok peringat. Sampai jer kat umah abg, mak aku bgtau K Teh, dia rasa sedih lak termarah abg aku. Hah?..x pa la mak. Abg tu tak pernah pun marah mak. Kan apa pun jadi sekrg dia balik jumpa mak abah. Bwk anak2 dia balik kampung. Mak marah pun dia diam jer. Bla Bla Bla…..Siap nak nangis, alahai. Sedih lak aku. Then kitorg mkn la sesame, aku kena stay Banting minggu ni. Mcm yang abg aku janji dia antar mak aku mlm nie. Lagipun adik aku lak asyik pengsan jerk. Ishhhhhhh….risau!


Alhamdulillah, semlm abg balik sini bawak byk benda. Mak bg kat menantu dia. Hehehe. Siap perli kakak ipaq aku, habihla menantu lain cemburu hahahahha. Kesian gak kat kakak ipar aku ni, aku tau mak tak suka dia. Dari dulu. Tapi tu arr Tuhan tu Maha Mengetahui, sabarnya depa dgn kerenah mak aku tu. Lega sangat semua dah bersatu. Alhamdulillah. Terima Kasih atas KURNIA ini.


Keluarga kami bahagia kembali, aku cam biasa, kesayangan semua orang…heheheheheheheheh…jgn jeles noooo…..


Semua org sibuk tanya bila agi???...issssssssshhh….mcm mana nak jwb tu???....buat bodo jer arrrr….


Best gak stay ngan abg aku walaupun jauh, hehehheheheheh...tiap hari kak ipaq buat bekal untuk aku...ish gemok laaaaaaa...isssssssssssshhh....Abang ajak pi tangkap udang agi...best...tapi nanti itam.....wwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....nanti cuti arrrr....


Ada banyak benda nak update, nanti-nanti arrr...ader few things yang aku kena buat.....yang bakal mengejutkan orang-orang yang rapat dgn aku....Ishhhh...hate it to feel this way.....

No comments: