Saturday, April 24, 2010

024: Moga KEbEnAraN itu kan terungkai...


Dua tiga menjak nie emosi aku tak stabil sangat...bukan sebab penat ulang alik Banting ke PJ...but because other things....Tuhan tu Maha Kaya...aku masih lagi mampu tersenyum walau kekadang aku rasa dadaku macam nak pecah menahan rasa amarah yang amat!!!


Benci dengan apa yang aku lalui, benci bila aku terpaksa berpura-pura sedang hati bernanah! Hipokrit! Aku hanya insan yang biasa...kepuraan kamu melukakan insan lain...namun kau tetap teruskan niatmu yang rakus walau taruhannya terlalu besar?.


Tertanya aku sendiri, mengapa begitu mudah kau hancurkan?...sedangkan kau tahu andai hati itu retak, kesannya bukan padamu tapi pada si darah dagingmu sendiri?. Pernahkah kau terfikir?. Soalan-soalan ini buatkan aku tersenyum sinis, bukan suka, namun terfikir betapa dangkalnya engkau. Mempermainkan hati dan perasaan insan lain. Pada hematmu kebenaran itu masih terlindung. Sedang hakikatnya telah mula menunjuk wajah.


Orang sering mengungkap jodoh itu satu takdir....tapi kalau la jodoh itu dilandasi nafsu dan dindingnya dari runtuhnya kasih dan sayang insan lain....adakah itu takdir?. Kenapa kononnya bila nak menjernihkan sebuah "negatif" isu takdir jadi landasan kata?. Pernahkah kita tertanya tentang episod ini. Perlukah kita jadi terlalu tamak demi bahagia yang tak pernah pasti?. Aku sedar hidup ini sesuatu yang engkau tak pernah tahu apa esoknya. Namun apa fungsinya iman dan akal kalau dangkal yang jadi asas bila perlu memilih si delima hati?.


Perjalanan pulangku tadi ditemani kesunyian malam, tiada bintang yang menemani perjalananku. Kesunyian itu tidak pernah berhenti membuat aku berfikir. Betapa setiap detik nafasku berdoa agar cinta yang tulus itu bisa menggoncang deria rasa pemilik, agar engkau melihatnya dengan mata hatimu. Bisa membuka akalmu melihat kebenaran itu, biar aku tahu aku bukan sesiapa, malah aku telah menjadi mangsa keadaan tanpa pintaku. Mungkin aku sendiri makin hilang warasnya akal, masih mahu berdoa walau andai kebenaran terungkai aku bakal dicerca dek fitnah dan salah yang dicipta oleh insan yang kau anggap si Delima hati. Pernahkah kau tertanya jujurkah dia padamu....



Aku bukan sesiapa di daerah ini. Aku juga bukan insan yang tewas. Biar dihina kelak dek butanya hati. DIA lebih tahu niatku, kerana yang memusnah bukannya aku. Kasihku bagi si dia yang mengasihiku seadilnya. Seadanya aku. Wahai Tuhan pemilik langit dan bumi, peluk aku dalam kasihmu. Selimut aku dalam iman. Bukakan hatiku melihat sebuah kebenaran. Ku percaya padaMU...Engkau yang lebih tahu apa yang terbaik untukku,biar terduga dek sejuta dugaan. Amin............

No comments: