Saturday, April 24, 2010

024: Moga KEbEnAraN itu kan terungkai...


Dua tiga menjak nie emosi aku tak stabil sangat...bukan sebab penat ulang alik Banting ke PJ...but because other things....Tuhan tu Maha Kaya...aku masih lagi mampu tersenyum walau kekadang aku rasa dadaku macam nak pecah menahan rasa amarah yang amat!!!


Benci dengan apa yang aku lalui, benci bila aku terpaksa berpura-pura sedang hati bernanah! Hipokrit! Aku hanya insan yang biasa...kepuraan kamu melukakan insan lain...namun kau tetap teruskan niatmu yang rakus walau taruhannya terlalu besar?.


Tertanya aku sendiri, mengapa begitu mudah kau hancurkan?...sedangkan kau tahu andai hati itu retak, kesannya bukan padamu tapi pada si darah dagingmu sendiri?. Pernahkah kau terfikir?. Soalan-soalan ini buatkan aku tersenyum sinis, bukan suka, namun terfikir betapa dangkalnya engkau. Mempermainkan hati dan perasaan insan lain. Pada hematmu kebenaran itu masih terlindung. Sedang hakikatnya telah mula menunjuk wajah.


Orang sering mengungkap jodoh itu satu takdir....tapi kalau la jodoh itu dilandasi nafsu dan dindingnya dari runtuhnya kasih dan sayang insan lain....adakah itu takdir?. Kenapa kononnya bila nak menjernihkan sebuah "negatif" isu takdir jadi landasan kata?. Pernahkah kita tertanya tentang episod ini. Perlukah kita jadi terlalu tamak demi bahagia yang tak pernah pasti?. Aku sedar hidup ini sesuatu yang engkau tak pernah tahu apa esoknya. Namun apa fungsinya iman dan akal kalau dangkal yang jadi asas bila perlu memilih si delima hati?.


Perjalanan pulangku tadi ditemani kesunyian malam, tiada bintang yang menemani perjalananku. Kesunyian itu tidak pernah berhenti membuat aku berfikir. Betapa setiap detik nafasku berdoa agar cinta yang tulus itu bisa menggoncang deria rasa pemilik, agar engkau melihatnya dengan mata hatimu. Bisa membuka akalmu melihat kebenaran itu, biar aku tahu aku bukan sesiapa, malah aku telah menjadi mangsa keadaan tanpa pintaku. Mungkin aku sendiri makin hilang warasnya akal, masih mahu berdoa walau andai kebenaran terungkai aku bakal dicerca dek fitnah dan salah yang dicipta oleh insan yang kau anggap si Delima hati. Pernahkah kau tertanya jujurkah dia padamu....



Aku bukan sesiapa di daerah ini. Aku juga bukan insan yang tewas. Biar dihina kelak dek butanya hati. DIA lebih tahu niatku, kerana yang memusnah bukannya aku. Kasihku bagi si dia yang mengasihiku seadilnya. Seadanya aku. Wahai Tuhan pemilik langit dan bumi, peluk aku dalam kasihmu. Selimut aku dalam iman. Bukakan hatiku melihat sebuah kebenaran. Ku percaya padaMU...Engkau yang lebih tahu apa yang terbaik untukku,biar terduga dek sejuta dugaan. Amin............

Thursday, April 8, 2010

023: Sambungan Hissssssssh


Hmmm…..mood tak baik malam nie….hati tgh panas….hari ni hari yang diam bagik aku yang tak pernah diam sebenarnya…


Hati tak best….entah…terpikir macam-macam dalam hati…tambah parah bila cm aku pun menambah bengang kat hati aku…..menci dgn kaum yang bangang, kalau setakat bagi Surname then expect people to know who you are?....hahahahahah…ini memang la bangang tahap cipan dah nie…tak pun tahap yang bunyik oink oink tu….ada otak cuba la pikir sikit….dalam satu Negara ada berapa orang yang nama dia start dgn Tan, Lee or Lim?....bak kata org Kedah…”Akai tak dak ka????...La isla bonita sungguh…hisssssssshhh”


Okeylah..biarlah si bodoh tu terus bodoh…kalau dah tua tak nak sedar…bukan boleh buat aper punggggggg…geleng paler jer la untuk golongan-golongan yang rasa cam bagus tapi makin hari makin bangang…hahahahhaahhaaha…kita kena happykan diri…at the end of it…it about work…yang penting all those stupid people are not related to me at all…tarik napas sambil senyum-senyum kambing kat depan pc nie….hehehehehehehe…


Tadi jumpak Abby lagik….heheheheh rajin lak minah ni mai opis nie….then kitorang dinner la sesame dg few guys….so sembangla pasal life memasing…heheheheheheh…terkuar pasal kes curang agi…dan yang paling kelakar, all those guys pun agree dgn kitorang nya statement…hehehehhheheheh…bukan buleh control punggg…pepaham la sendiri…aku dah malas nak pikir….benda cam ni ko kena bukak minda dan hati….bila dah expose dengan reality kita akan belajar dengan sendirinya….itu kalau kita ni jenis yang open minded dan bukan jenis yang melulu nak hukum org la….sebab aku ader gak kenal org-org yang sgt ortodoks dan konservatif….yang dia tau dia jerk betul…buleh bayangkan betapa pendapat dia jerk yang bernilai…org lain tak…padahal dia sempitkan hati dan akal…tak nak pandang dengan persepsi yang berbeza….eheksss…pedas…



Hati rasa rindu nak balik Banting la….ishhh…best kat sana….semua org sayang…my Sis in Law especially….mesti masak my favorite…seminggu dok sana aku dah rasa cam berat jerk badan nie….hissssssshhhhhhhh…Teringat aku masak laksa hari tu…Hishhhh….habih semua…semua pakat pulun…La is la Bonita…..makan jerk kejernya aihh….mau tak naik???….hehehehehehe…then dok merungut kat Sis in Law….huhuhuhuhu…kang baju tak leh pakai cam ner….huhhuhuhuhu…



Sekarang ni rasa dihargai…..makin disayangi…kakak aku yang dua org tu pun kekadang….buat alas an…alaaaaaaa…ter miss call Achik la….nak tepon org lain…Chet!…taktik lama….rindu kat adik dia habaq la….hishhhhh depa nie….Nanti hujung bulan Achik balik…..K the…nak mkn pulut kuning dgn rending pedas….mula la telan ayaq liuq….hmmmmmm….lapaq aih….



Ehhhh…teringat pulak pasal gempa bumi 2 hari lepas… time tu aku tak pasan, tgh sedap lena….Abang G hari tu pi tahan udang kat Pantai Kledang, yang kitorang lepak kat umah. Malas nak ikut…kang itam…huhuhuhuhu….tgh sibuk masak, sedara mai…kelam kabut….jum pi panggil depa balik…ada amaran tsunami….owhhhh…rasa lutut aku cam nak luruh…risaunyaaaaaaaa….kelam kabut driving pi sana. Then kelam kabut panggil diorg naik kedarat…syukur…nothing happen….Teringat Tsunami kat Acheh, that time aku kat JB. Tak terasa any gegar pun. Tetiba pagi bangun semua org riuh pasal Tsunami. Tgk TV Indonesia, Ya Allah……terasa begitu kerdil…tak terucap dengan kata-kata. Itu aku yang melihat, yang ada di tempat kejadian???. Allah itu Maha Mengetahui….Dia yang lebih tahu….hmmmmm…syukur tidak berulang…Alhamdulillah….

Sunday, April 4, 2010

022: Hishhhhhhhhhh…


Hmmm…hati bengang baru lepas handle satu case yang aku rasa merepek…some people they just loves to creates lame excuse…yang paling tak tahan attitude yang melampau!!!!!....rasa cam nak penampar jerk haih….


Sabar Naa….hishhhhh…ni sambil dok tarik napas n beristighfar…..hmmmm…lega sikit rasa hati…kejer aku ni sometime memerlukan kesabaran tahap dewa ok…buat kengkawan ‘sedarjah’ diorg paham sgt2 walaupun kitorang ni ketawa manjang…hehehehehehe…


Citer pasal ni tingat satu member, customer ni sangat la…erk…korang komen la sendiri…statement dia KIASU tahap gaban…”I know I sound stupid, but I am rich…hehehehehehe…” GULP…hampir tersedak kawan aku. Paling kelakar everytime dok tanya itulah statement yang akan dia tambah every end of dianyer soalan… Hahahahahhaaha… …lepas tu kami pakat gelak ramai-ramai. Memang kaya nak mampus mak cik tu. Tapi tahap bodo dia juagak takleh ingat. Sometimes, ader duit banyak bukan bermakna semua buleh beli beb…such as akal dan budi bahasa. Kesian lak aku rasa, ada duit banyak tapi hati tak pernah terbukak untuk belajar. Duit banyak tapi budi bahasa tak dak langsung, bagi orang yang bangang, mestila respect sbb org tua tu byk duit, tapi kalau aku…aku rasa sgt bangang….why need to show off???...mati esok tetap la org terpaksa tanam mayat hang aihhh….kalau biaq busuk…walaupun la ni hang dok semboq perfume yang paling mahal kat dunia…bukan ka????....hisssshhhhhhh…..


Apa pun..terpulang la pada masing2 punya diri untuk nilaikan…lantak ko la….


Tadi dok sembang dgn Abby, pasal citer curang case. Hehehehehehehe….issue yang menarik ni, teringat lak a few case yang aku terbaca kat FB. Sometimes even ko pompuan ko tetap nak salahklan pompuan gak. Hanya atas alas an ko bini dia girlfren or bini lepas ko. Kekadang tertanya gak aku, korang2 nie pernah ka terpikir yang kebanyakan benda ni mai dari laki-laki tu sendiri….mungkin sebab aku ramai kengkawan laki, PEMERHATIANKU….diorang yang start dulu….ader setengah tu baru jer dapat baby dah start dah mencari lain…padahal bini meletop…setengah tu pulak bini layan bukan main baik lagi, tapi demi nak mendapat yang baru sanggup lak dia citer yang buruk2 pasal bini dia….gaduh la…dah start tak saying la…boring laaaaaaa…dan segala citer yang takleh diterima akal pun ader gak. Malah ada yang sanggup bgtau diorg single atau duda…walhal tak pernah jatuh talak pun…Kak! Ini realiti dunia sekarang…..Bukan menghukum semua cam tu…majoritinya mcm tu….sebab berlaku…aku sendiri wonder why it happen…


So bayangkan kalau korang di tempat pompuan yang kena tipu tu…apa perasaan korang???...tapi sekurang-kurangnya dia masih bertuah tidak dimiliki oleh penipu tu…bila-bila buleh angkat kaki. Tapi wajarkah mereka dituduh dan dihukum atas kesalahan penipu???....Hmmmm…yang menipu kini mula menipu Si Bini, abang tak mulakan…pompuan tuuuuuuuttt yang start and so on….bla bla bla…sbb sayang hangpa percaya, bertambahlah dosa dok maki hamun Si “Teraniaya”. HEBAT!!! Hanya kerana korang ada tittle BINI. Padahal, koranglah yang paling malang, tertipu entah sampai bila. Itu la suami yang hangpa bangga sangat….hahahahahahahhahaha…Kenyataan tu pahit beb! Itu reality! Tak der maknanya nak bangga pun….

Hishhhh…banyak lak aku ngomel kat sini. Apa pun rasa lega, thanks Abby for great sharing today…Semoga Allah kekalkan jodoh hang dan suami….semoga kejujuran sentiasa bertaut di hati kalian…Amin yaRabbalAlamin….

Saturday, April 3, 2010

021: Alhamdulilllah…..


Aku baru balik dari Johor, penat terasa lagi nie. Balik jer dah sibuk dgn kejer. Still sedih dengan apa yang menimpa kakak ipar aku baru-baru nie. Apa pun dia seorang yang tabah, dan kami semua akan tabah jugak menghadapi apa yang akan datang selepas nie. Moga semuanya berjalan seperti apa yang diharapkan. Doa padaNya tak pernah putus…InsyaAllah, everything will be just fine and well…Amin.


Lupakan pasal tu seketika. Hati rasa gembira sikit, sebabnya lama dulu my mum ader krisis dgn my abang and kakak ipar. Punya la lama jugak abang aku tak balik and so on. So masa aku dok JB aku selalu gak gi umah abang aku nie. Alhamdulillah semua anak sedara memang la syg sgt kat aku. Maklumla, aku kan sempoy orgnya…heheheheheheh…kembang aihhh…


Then bila baru ni dapat tahu kakak ipar kat JB tu sakit kami pun pi la reramai. Semua pakat ber’bandar’ kat JB. Dan kami semua dah pakat akan pi sana lagi masa operation nanti. InsyaAllah. Memula tu mcm biasa la…Dingin terasa. Aku dgn K Teh, buat bodo jerk…tapi aku tak pernah berhenti pujuk mak aku maafkan abang aku. Tiap kali ader peluang, aku selalu citer pasal abang aku. Lupakan yang lepas-lepas. Dan tiap kali apa-apa jadi kat kampung pun aku selalu pesan kat Kak Teh dengan adik aku bagitau kat kami semua. Kami jauh, dan apa pun itu wajib, dia pun anak mak dgn abah gak. Alhamdulillah, adik dan kakak aku tak pernah hampakan permintaan aku. Sebab kalau apa2 jadi pada mak abah, kami akan jadi berdosa sbb tak fulfill tanggungjawab sbg adik.


So the next day kami semua pi tidor kat Bt Pahat pulak. Umah abg aku yang tu arrr. Mak mcm happy jer sikit. Dah nampak dia ok, hehehehhehe..lega. Sebab my mum is very ego type. Sangat susah nak ambik hati dia. Sekarang ni dia dah makin lembut hati. Syukur sangat. Aku bawak dia jejalan kat Bt Pahat, happy dia. Tidoq sana semlm then balik ke Bt Caves melawat Pak Su. Habih jer mlm tu jugak kami ke Banting. Abang aku sekarang dok buat catering kat sana. Ni rumah sewa dia.


Dalam perjalanan tu, ada ka dia pi bawak kami ikut short cut. Pastu lalu hutan mana ntah. Hati dah tak sedap. Apa lagi, smpai jer umah kena la marah. Sanggup tinggal rumah sendiri demi nak kejer and so on. Padahal marah dia tu sebab abg aku bgtau dia dok kat Bandar, tapi jln yang kitorg lalu tu kebun hapa ntah, tak dak lampu jln segala. Mula la hati dia risau ingat abg aku hidup susah kat situ. Apa lagi, kena la. Aku dgn K Teh dah agak dah. Nasib la abg aku ni baik….diam ja dgr ceramah kul 2 pagi….


Esoknya pagi jer Subuh, kena lagi sekolah, siap merajuk nak balik Kedah naik bas. Abang aku diam jerk, then pujuk dia. Akhirnya dia setuju abg antar dia balik Kedah, yer la…dia ada bgtau dia tak larat la naik bas, lama sangat. Alahai, kalau tak kejer nak jer aku antar dia balik.


Hmmm...pastu kitorg pi la Pantai Kledang, tangkap udang. Best!!!!. Siap dapat ikan besaq, balik jer aku jadik itam main panas. Hambik ko. Mak diam jer. Tadi dalam lori dah pesan, balik nanti bwk mak ikut jln hiway…byq lebih sikit tak pa. Aku dgn K Teh dok peringat. Sampai jer kat umah abg, mak aku bgtau K Teh, dia rasa sedih lak termarah abg aku. Hah?..x pa la mak. Abg tu tak pernah pun marah mak. Kan apa pun jadi sekrg dia balik jumpa mak abah. Bwk anak2 dia balik kampung. Mak marah pun dia diam jer. Bla Bla Bla…..Siap nak nangis, alahai. Sedih lak aku. Then kitorg mkn la sesame, aku kena stay Banting minggu ni. Mcm yang abg aku janji dia antar mak aku mlm nie. Lagipun adik aku lak asyik pengsan jerk. Ishhhhhhh….risau!


Alhamdulillah, semlm abg balik sini bawak byk benda. Mak bg kat menantu dia. Hehehe. Siap perli kakak ipaq aku, habihla menantu lain cemburu hahahahha. Kesian gak kat kakak ipar aku ni, aku tau mak tak suka dia. Dari dulu. Tapi tu arr Tuhan tu Maha Mengetahui, sabarnya depa dgn kerenah mak aku tu. Lega sangat semua dah bersatu. Alhamdulillah. Terima Kasih atas KURNIA ini.


Keluarga kami bahagia kembali, aku cam biasa, kesayangan semua orang…heheheheheheheheh…jgn jeles noooo…..


Semua org sibuk tanya bila agi???...issssssssshhh….mcm mana nak jwb tu???....buat bodo jer arrrr….


Best gak stay ngan abg aku walaupun jauh, hehehheheheheh...tiap hari kak ipaq buat bekal untuk aku...ish gemok laaaaaaa...isssssssssssshhh....Abang ajak pi tangkap udang agi...best...tapi nanti itam.....wwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....nanti cuti arrrr....


Ada banyak benda nak update, nanti-nanti arrr...ader few things yang aku kena buat.....yang bakal mengejutkan orang-orang yang rapat dgn aku....Ishhhh...hate it to feel this way.....