Friday, January 8, 2010

006: Hati Terusik.....

Dah hampir pukul 5 pagi saat ini....mata masih belum mahu tidur....padahal aku memang tgh demam dan tak cukup tidur....

Hmmm...byk perkara yang benar2 menguji ketabahan diri aku....dah habis ayat untuk aku luahkan...Namun...hati rasa terusik...teringat pada seorg insan yang aku tak pernah bersua...dalam diam aku sebenarnya sayang....Sayang yang amat sangat....

Betapa aku harap dia akan mengenaliku...menyayangi aku seadanya....betapa aku harap org yang sepatutnya melindungi dia saat ini sedar....Ya Allah....dia bukan sesiapa denganku....Dia tak pernah jadi milikku....tetapi saat ini aku sayang padanya.....yang amat....Lindungi dirinya Ya Allah.....

Itu aku....mungkin benar kata seorg kwnku...aku terlalu sensitif....mungkin???...

Bening Kasih buat D

Senyummu bagai embun pagi
Suci, tulus dan menyamankan hati yg gundah
Redup matamu membenih kasih di jiwa
Engkau luhur umpama kabus

Aku bukan sesiapa bagimu
Bukan insan yang memilikimu
Entah mengapa benih kasih itu tumbuh

Mungkin kerana engkau suci
Terasa ingin ku memelukmu
Mengharap secebis luhurnya kasih
Betapa aku tak mungkin melukaimu
Walau sepicing rasa

Wahai tuhan
Lindungi dia
Jangan kau rengut senyuman dan girangnya
Hanya kerna salahnya si nakhoda

Biar ku pelukmu
Agar kau rasa hangatnya kasihku
Engkau sedarkan aku bahawa
Cinta tiada batasannya
Ini janjiku
Bahagiamu sayang bunga di hati ku

@Naa--Kop Polis2-5.10am..8Januari2010-----

No comments: