Tuesday, September 21, 2010

0107 : Aara Yara siapa dia?...


Aara Yara...dia impianku...seperti rama-rama yang comel...fragile, manis, riang dan membuat orang yang memandangnya rasa bahagia..itu perasaan aku semasa memilih nama Aara Yara ini sebagai nama siber aku untuk kelab kereta.

Tidak lama kemudian hadir pula hasrat untuk menulis, aku suka menulis apa yang aku lihat dalam hidup...namun aku bukan sesiapa dalam bidang ini, cukup sekadar dapat meluah rasa hati. Seperti mulanya ada blog "AKULETU@NAA". Mulanya hanya untuk melepas resah hati. Melepas rasa bungkam di hati yang paling dalam. Aku menulis bukan untuk mendapat simpati atau mereka cerita yang tidak benar! Tidak sama sekali...ianya luahan hati aku...seorang NAA...bukan senang meluah hati yang lara dan sakit, bukan senang juga untuk membawa insan lain memahami apa yang terjadi bukan juga mudah untuk menulis tanpa prejudis dan hati yang adil...Semua ini kurnia dari Yang Maha Esa!...Terima Kasih Allah atas gerak hati ini. Tanpa disangka banyak sudah yang ku kongsi di sini. Cerita suka duka dalam AKULETU@NAA dan AARA YARA...InsyaAllah selagi masih ada nafas, aku ingin jadi sesuatu dalam hidup. Menggapai impian dan cita-cita dengan cara yang berhemah dan diredhai DIA...

Aara Yara, seindah namanya, seindah maknanya, seindah harapannya. Cerita itu hadir untuk melihat sesuatu yang seringkali masyarakat kita pinggirkan. Melihat KIFARAH dari Tuhan dari sudut yang berbeza. Belajar merenung KIFARAH yang hadir melalui mata iman dan akal, meneliti dengan mata hati yang paling dalam dengan jujur dan ikhlasnya hati. Belajar erti REDHA. Pengalaman tidak semestinya hadir dalam hidup sendiri. Kita juga boleh belajar dari pengalaman orang lain.

Alhamdulillah, syukur pada cetusan yang ALLAH kurniakan padaku...hati ini makin tenang. Alhamdulillah KIFARAH itu sudah berlalu, biar terluka, duka dan entah berapa banyak air mataku yang tumpah!. Tipu andai kata begitu mudah menjalaninya, tipu andai kata sudah hilang deria rasa atas apa yang terjadi. Rasa sebak itu masih ada. Aku masih belajar menerimanya dengan REDHA...Terima kasih buat semua yang sentiasa disisi saat duka dan sukanya aku. Terima Kasih! Hanya DIA yang mampu membalas. Semoga hari depan makin indah dan aku semakin tabah, menjalani hidup ini dengan indah tanpa rasa kecewa dalam hidup...menerima KIFARAH itu sebagai dugaan tanda KasihNYA, IngatanNYA pada aku agar tidak alpa...Amin Ya Rabbalalamin...

[ Hati terusik bila my HACHI, berpuasa demi kesihatan diriku yang semakin pulih dan atas surprise yang aku terima lepas raya baru-baru ini. Alhamdulillah, bukan untuk menunjuk di sini cuma teringat..."Hadiah semua orang boleh bagi, tapi sanggupkah kalau sayangkan seseorang kita puasa, berterima kasih pada DIA kerana menjaga kesayangan kita? sambil berdoa yang dia dilindungiNYA selalu....". Aku kelu! duit bukan segalanya walau aku tahu dia mampu. Hadiah ini sangat indah padaku biar aku tak mungkin pernah mampu melihat atau menyentuh. DIA tahu ikhlasnya rasa dan niat. Aku bukan Tuhan untuk menghukum, biar DIA yang tentukan akhirnya...memiliki rasa kasih dan sayang ini buatkan aku tenang dan bahagia. Andai nafas ini akhirnya di sini, aku mahu dia tahu aku sayang dan kasih padanya. Dan andai Allah telah takdirkan dia bukan milikku akhirnya pun aku redha, kerana cinta dan kasihku kerana DIA Yang Satu!. Cinta dan kasih ini pinjaman dariNYA yang terindah untukku...Syukur Ya Allah kerana memeluk aku dalam selimut kasih yang hangat ini....Amin Ya Rabbalalamin... ]

2 comments:

az said...

tak pernah terlintas nak buat cam tu how lucky u are ur hachi willing to do that... selalunya people spend their money buying present..but fasting..speechless..

i am Naa... said...

i am not showing off here...it is my first time to be treated this way as well...niat dia hanya Allah yang tahu Az. Let HIM lead the way to bot of us (Me n Him)...he is my lucky charm, there are a lots of Kurnia since he loved me...Alhamdulillah...