Tuesday, July 26, 2011

0166: Hanya padaMU

Bila hati sedang walang
Jiwa mula terbisik sangsi
Akal mula tercelaru

Wahai manusia!!!
Pulanglah pada DIA Yang Satu
DIA akan tunjuki kamu arahnya
DIA ada untukmu
Dalam senang dan susah
Tiada pernah tidur

Wahai hati yang gundah
Carilah penawarnya
Al Quran dan Al Sunnah itu panduan sampai kiamat
Allah Yang Maha Agung lebih tahu
Apa yang terbaik untukmu

Dugaan itu hanya untuk insan yang mampu
Pegang pada taliNya
DIA ada untukmu selamanya
Kasih dan nikmat itu ihsanNya
Pinta pada DIA...
Kerana dia yang punya hak memberi....

[ Naa @ Aara Yara 10.57pm @ Umah Tok Mad, Kedah ]

No comments: