Tuesday, February 23, 2010

013: CiNTa & CenDoi...


CinTA...

Persoalan yang xdapat nak dipisahkan dgn semua insan aku kira....Baru2 ni ader la peluang bersembang-sembang dgn kazen kesayanganku...
Terkeluar la pasal topik hangat ni...biasa la kan??...girl's talk kalau tak melibatkan golongan2 buaya...mana sah yer tak???...hmmm...tht is not the main thing tht i want to kupas here...

Cerita pasal cinta ni...cinta antara uda dan dara...cinta antara laki dan pompuan la kan....

Sebenarnya aku ni dah start bosan pasal issue ni....entah la...mcm ada beban besaq dalam hati aku...terlepas la ckp aku dah give up kot....hahahahhaha...kazen aku la pujuk aku balik....jgn mcm tu....InsyaAllah esok akan lebih baik....aku mmg admirer dgn dia....

Buat masa sekarang hidup aku penuh dgn cinta...Cinta to Allah yang sentiasa menjaga hambaNya ini....Cinta to my abah n mak...my family...n my kengkawan....Mereka org2 teristimewa dlm hidup aku....terlalu istimewa.....untuk org yg special??...(ader ker???...xder pun!!!...hahahhahahaha...) aku harap aku akan dpt seorg yang dpt jujur dgn aku....yang takkan hurt aku lagi....yang terima aku seadanya....yang pandai hormat org tua dan org lain....gitulah harapannya...entry kali ni just untuk meluah rasa berat dlm hati ni kot....


Syukur Allah bukakan kebenaran itu....Syukur sebelum semuanya terlambat......Syukur Alhamdulillah...Amin...


CenDoii...



Ini faveret aku...kena pulak cendoii mamak Penang yang femes tu or yang kat tepi jln keta api Parit Buntaq....memang best!!!!. Tadi sempat la aku round2 kwsn Pak Su aku nie...ternampak la org juai cendoi...apa lagi...tapau la 3....huh...smpai umah pakat pulun...hehehehehehehh

Cendoi ni kalau ikut yang akunya faveret kene letak kcg merah....xyah pulut pun tak pa...mmg ngancam......atau pun letak tapai ubi...uisshhhh....org kg la katakan....sambe2 minum cendoi...kita jgn lupa order pasemboq....(org kl panggey rojak here)...masa tu cik kiah tepi umah lalu pun aku tak pasan dah....tapi kat kl ni tak tau tang mana sedap....owh ya...kat subang ader satu place juai cendoi n rojak yang femes....yes...tht one mmg sedap....so buat abg boss get ready la sepuluh hengget untuk banjer anak tok mad later....heheheheheheheheh....(aku dah send sms dah kat dia...hahahahahahah...pdn muka kene banjer....).
Bila balik kg pantang nampak org juai cendoi...kene lak nampak ramai org kat situ...mmg la konfem aku akan carik alasan benti tapau....hehehehehehhe...so kalau nak banjer aku mkn...bwk jer aku pi mkn cendoi yg sedap noo...confirm aku syg hangpa....hehehe...gtg...keja la pulak....

Sunday, February 14, 2010

012: KuSuT....


Aku baru sampai semlm dari Teratak Tok Mad…..

Sekali lagi kami terduga, adik ku yang jadi taruhannya kali ini. Betapa aku rasa sedih yang teramat………….aku hanya mampu memandang dan berdoa semoga KIFARAH ini berlalu pergi…Ya Allah, betapa kerdilnya kami….betapa aku ingin adikku tabah dah kuat menghadapi semua ini….dan moga abah dan mak juga tabah menghadapinya di usia emas mereka….Kami sedar ini bukan yang pertama dalam sejarah keluarga….aku sendiri menghadapi 7 tahun yang perit….kini sejarah terulang…pada satu-satunya adikku….Buat Munirah, Awa dan Nadhia….Achik akan sentiasa bersama kalian menghadapi semua ini….Ya Allah…aku sebenarnya takut dgn kehilangan ini…takut yang teramat……….2 minggu lepas kami telah kehilangan seorang dari kesayangan kami Ya Allah….Sedihnya masih terasa…..Ya Allah, tabahkan hati kami Ya Allah, suburkan iman kami agar kami dapat mengharungi dugaan ini……kehilangan itu masih subur dibenak kami....

Sesungguhnya aku rasa tersangat kusut….walaupun aku cuba tersenyum didepan keluargaku….didepan semua org….aku tahu dugaan ini menguji ketabahan kami semua kesekian kalinya….mengetuk pilunya rasa, risau mula menempel dan melahir jutaan walang di sudut hati yang paling dalam. Ya Allah……..kuatkan kami untuk menerima Qada’ dan QadarMu…Tabahkan kami menerima dugaan ini Ya Allah...Moga dugaan ini akan lebih menyatukan kami semua....Tunjukilah kami jalannya Ya Allah…..Innalillah hiwalhiraji'un....Amin Ya Rabbalalamin….

Kekusutanku bukan hanya dugaan ini….hatiku walang bertarung dgn rasa hati yang sakit…….betapa aku ingin merungkaikan semua ini sekarang, betapa aku ingin sedarkan seseorang untuk membuka hati dan matanya pada sebuah kebenaran….Namun aku tahu, tidak semudah ayat yang tercoret di sini…tidak juga semudah kata yang terlahir di tubir bibir….

Impaknya selepas “KEBENARAN” terungkai…itu yang paling merisaukan, itu yang menyesak jiwaku…Ya Allah…kupohon petunjukMU…betapa otak logikku beku di sini….Sendu dan duka bertamu di hatiku…..tanpa sedar mutiaraku luruh satu persatu………aku bukan org yang bersalah namun kenapa hatiku terasa walang?...

Seringkali hati berbisik…."Kenapa perlu walang???...Yang bersalah adalah dia! Just go ahead…let it be!!!” Arghhh….setiap kali itu….fikiranku terbayang pada 2 insan yang tak ku pernah kenali…Namun aku sedar aku sayangkan mereka…Kenapa? Aku tak punya jawapan itu….ini Anugerah Yang Maha Esa…..Kerana mereka aku sanggup menyiksa hati……biar aku yang disakiti….tapi kejamkah aku…menyimpan kebenaran itu?....membiar mereka terus didustai…..Entah….

Ya Allah...ku pohon engkau tunjukkan dia kebenarannya. Biar hatinya menjadi saksi pendustaan itu...mengapa perlu menyakiti untuk kesenangan diri...aku mahu mereka tahu...aku bukan dilahirkan sebagai duri untuk menyakiti orang lain...tidak sekali.....mereka mangsa...begitu juga aku.....tak perlu persoalkan mengapa....kerana DIA lebih tahu kenapa aku yang dipilih untuk menghadapi dugaan ini.....

Thursday, February 4, 2010

011 : KeTENTUan ILAHI…


Bila kita kupas tentang tajuk ni, mesti perihal rezeki, ajal, jodoh dan takdir akan bermain di minda. Dalam hidup ada sesetengah perkara dalam hidup memang telah tertulis untuk kita. Tapi tak semestinya bila dah begitu kita kena terima tanpa usaha. Contohnya sakit, walaupun kita tahu semua org akan mati tapi kita mesti berusaha untuk terus hidup. Satu lagi perihal rezeki, kita kena berusaha. Tak semestinya miskin sampai kita mati. Itu antara sebahagian darinya la…..

Cerita tentang “KETENTUAN”….hmmmm…hati terasa berat, tanpa aku sedar hati aku jadi sayu dan sedih….ada sesuatu terbuku di lubuk hati yg paling dalam…bukan bermakna aku tak REDHA….jauh sekali menolak ketentuan ini….

11 tahun lalu….untuk sesiapa yang mengenali aku…pasti diorang ingat siapa Naa sebelum tu….Degil, hyper dan happy go luckynya aku. Hanya kerana satu incident…hampir meragut nyawaku…menerbangkan semangatku….menjadikan aku seoranng yang terlalu berbeza…Di situ bermulanya episod paling suram dalam hidup aku. Aku hilang harap untuk hidup, dan yang paling perit….aku hilang “diriku”. Terseksanya aku menjadi manusia yang lemah semangat, yang putus asa, pemarah, hidup dalam ketakutan yang amat. TRAUMA itu bersamaku 7 tahun lamanya. Terima kasih buat keluargaku dan sahabatku Nurul Khalida. Tanpa mereka aku tak mungkin bernyawa hingga kini. Maafkan aku….betapa kalau boleh….aku ingin kembali dan mengubah segala yang berlaku….Kerdilnya aku!!! Kelmarin takkan pernah kembali…yang ada hanya hari ini dan mungkin esok…..

Berakhirnya 7 tahun....aku terduga lagi, sekali lagi aku terduduk. Hancurnya hati aku. Harapanku berkecai. Aku hilang percaya pada insan lain, yang paling teruk aku hilang kepercayaan pada diri sendiri. Saat itu hadirnya seorang yang paling aku sayang hingga saat ini. Tanpamu aku tak mungkin setabah ini. Aku mungkin masih meratapi luka semalam. Aku mula bertatih, membetulkan apa yang salah, mencari diri yang hilang. Membina kekuatan hati dan perasaan. Tuhan itu Maha Mengasihani. Ramai yang menyayangi aku, biar pun semakin byk dugaan yang tiba. Aku kini terlalu berbeza dengan Naa yang dulu. Aku mula mengerti ertinya REDHA, TAKDIR dan KEMAAFAN. Nurul sendiri terkejut dengan aku yang baru….Terima kasih sahabat. Betapa besarnya hutangku pada mu….

Walau setabah mana aku. Aku masih lagi belajar melupai sejarah silam. Pedihnya luka itu tak pernah hilang….setiap kali terkenang rasa sayu dan pilu itu akan bertamu tanpa relaku………..Hatiku mula menangis, mulut mula terkunci…dalam diam aku memujuk hati….Lupakanlah apa yang berlalu Naa!!!…teruskan hidupmu!!!….Dengan perlahan aku tertunduk…mataku berkaca…..Kenangan itu masih “PANAS” dalam mindaku….Dan kekadang kernanya aku mula jadi pemarah…..terlalu defensive….sometimes terlalu sukar untuk didekati……maafkan insan lemah ini…….

Namun aku bersyukur…tanpa “KETENTUAN” itu, aku tak mungkin sekuat dan setabah sekarang. Biar pun dugaan tak pernah behenti, aku semakin kuat…semakin tabah. Tak pernah aku menyangka aku masih mampu berdiri hingga kini. Dugaan yang tiba tak pernah mampu menghakis pekerti aku….tuba yang diberi takkan ku balas dgn tuba…aku bukan TUHAN, tak berhak menghukum apa yang terjadi. Cukup sudah TUHAN berikan hambamu ini sedikit ketabahan dan kelapangan hati, agar aku bisa menghadapinya dgn akal yang waras. Biar dilukai, jgn aku lupa siapa aku, jangan aku sanggup melukai demi bahagianya aku. Ku pohon ketenangan dariMU TUHAN, peluk aku dalam kasihMU. Selimut aku dalam sayangMU. Amin yarabbalamin………

Semakin hari aku makin positif meneruskan hidup, semakin mula bersyukur pada apa yang aku ada. Menghargai setiap org dan nikmat yang hadir dalam hidup. Biar kekadang berperang dgn nafsu sendiri. Perlukah luka dibalas dgn luka?, perlukah aku hilang adab pekerti demi amarah yang bertandang? Atau perlukah aku menyakiti walau aku disakiti?. Persoalannya nampak terlalu mudah ditulis atau diucap….hakikatnya terlalu sukar…..ada kala aku menangis…terlalu sukar sebenarnya bila hati telah dilukai…..

Hidup ini kuteruskan….biar kekadang aku letih….biar kekadang hati ku sakit….aku tak perlukan simpati….selagi nyawa ini masih terpinjam dariNYA….aku akan terus hidup…buat manusia yang selama ini cuba menjatuhkan aku….biar TUHAN yang menentukan….Terima kasih kerana korang membuat aku lebih kuat dan matang…………

Tuesday, February 2, 2010

010: Cerita tentang kehilangan, keturunan & mulut...

i) Kehilangan yang abadi....
Aku baru sampai dari Kedah, pulang menziarah org yang tak akan kembali lagi...Al Fatihah untuk Allahyarham Abu Yaziz, abg iparku....Semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yang beriman..Amin ya rabbalalamin...

Allah lebih menyayangi dia lebih dari kami semua....Arwah seorg yang pendiam...perginya pada penghulu segala hari....syukur....
Kesedihan masih bertamu di hati...bukan aku tak redha...jauh sekali menolak takdir....

Ingatanku kembali pada hari pemergian arwah....betapa Kak Teh cuba senyum mengawal diri dari menangis...memujuk hati agar tabah dan redha...namun aku tahu hatinya menangis.....pilu...sebak....saat aku peluk dirinya....dia hilang kawalan diri....empangan airmatanya pecah...sendunya tak mampu tertahan lagi....aku sendiri kalah....kami menangis....Tiada apa yang mampu aku ungkapkan saat itu.....Hilang sudah kata2....Sendu dan pilu bertaut.....sukarnya hati ini menahan sayu...

itu betapa kerdilnya kurasa.....aku tak mampu membuang rasa sedih dihatinya....mataku terpaku pada Ikmal...anak saudara kesayanganku ini baru menginjak usia sembilan tahun....wajahnya ceria disamping kawan-kawannya...."Aku nak main....aku tak mau sedih" ungkapnya pada kawannya Luqman...Ya Allah....air mataku menitis lagi.....

Malam itu ketika tahlil...kakakku termenung sayu di sudut ruang tamu....pandangannya kosong....matanya memandang ku sayu...Matanya berkaca...Tak pernah kulihat dia sesedih itu..
"Achik....Kak Teh rasa demam....bawak pi klinik sat....kat Teh rasa nak padam...K Teh tak tau nak buat apa...."Tubuhnya kurangkul...dia menangis dibahuku....aku sendiri tak mampu menahan sebak didada....kami teresak bersama...Abang G menepuk bahu K Teh memujuk dgn sabar...Atan, Abg Aki, Munirah dan K Ilah hanya mampu memandang, suasana sunyi...hanya esakan kami dan suara Abg G yang ada. Tubuhnya kupeluk erat...."Achik kan ada untuk K Teh...."semakin lebat air mataku.....Ya Allah...tabahkan kakakku.....Ya Allah....semua yang hadir hanya memandang......sayu menyelubungi suasana senja itu....

Kehilangan ini ujian buat kami sekeluarga....Ku mohon Allah tabahkan hati kami yang kerdil menerima takdir yang tertulis. Mengajar kami erti redha. Berikan kami kekuatan menghadapi suratan ini. Amin....

Buat K Teh, Achik akan sentiasa di situ untuk K Teh dan Ikmal. Walau nanti Achik dah berkeluarga, Ikmal adalah tanggungjawab Achik, ini amanah untuk Achik. Percayalah esok akan lebih baik untuk kita, selagi kita tabah dan percaya padaNya. DIA pasti bukakan jalan untuk kita.

Yang pergi tetap kan pergi....biar jasad dikandung tanah...kenangan itu akan tetap terang dalam ingatan....

ii) Keturunan
Lokasi: Pasar Ikan Pekan Serdang, Kedah (gerai jual sayur hujung sekali). Ader sorg mak cik hitam manis.
Mak cik : Ni ha....ikut arwah wan dia la....dia sorg ja tinggi dalam keluarga kami nie...
(senyum manis si makcik membuah senyum dibibirku.) Tanganku terhenti, mataku terpaku pada mereka.
Anak tokei gerai (lelaki): Dah keturunan memang la....kot mana lagi dia nak turun.
(dia tertawa sambil mata memandangku, senyum yang mesra dan ramah)
: kami ni adik beradik kak oiii....keturunan Tok Man panjang. Tu yang menggalah tu.
(Katanya membuat semua kami di situ tertawa, mesranya. Padahal kami tak punya sebarang pertalian. )
Tokei gerai : Tu la kan....tapi galah2 depa ni pun...tetap tak leh lawan galah arwah Wan depa...alahai Tok Man panjang...sbb tu la depa panggey dia Tok Man panjang.
(Ketawa makin kuat....even aunty Cina disebelahku pun turut tumpang ketawa mendengar celoteh mereka)

Insiden itu buat aku tersenyum sendiri...di sini...kemesraan terlalu mudah berputik biar pun kita tak pernah kenal. Org kg la katakan. Itulah hebatnya mereka, tanpa berkira warna kulit, keturunan, bangsa dan agama. Itu sebab tiap kali balik aku mesti nak ke pasar ikan. Dah jadi habit. Kebanyakan peniaga di situ kenal abahku dan aku sbg anak tok mad...hahahahha..tu yg best sekali...bila beli mesti dpt diskaun....layanan istimewa....yang paling best keramahan org kat situ...

Cerita pasal keturunan ni memang mencuit hati aku....smpai sekrg aku masih tersenyum bila terkenang kisah tu...itu kalau keturunan yang baik....Keturunan ni benda yang agak sensitip sbnrnya...kalau di salahguna boleh membawa keburukan...contohnya...patut la anak dia suka ambik gheta org...dulu pak dia pun kawaq besaq...dah memang keturunan depa cam tu....haaaaa...mau makan pelempang la jawabnya kalau mulut main bantai kata ja...apa pun....kita takleh nak pilih sapa keturunan kita...sapa mak abah kita...ini semua suratan...tak semestinya keturunan yang dulu2 jahat akan turun pada semua keturunan selepasnya....Kita yang tentukan apa kita nak jadi.....So jgn cepat melatah...jangan cepat cop org dgn stigma yg negatif sbb keturunannya....jgn cpt jatuhkan hukum pada org sbb kdg2 manusia ni lupa, bila dapat mengata org dia rasa diri dia hebat...padahal...dia org yg "loser" tak mampu kawal diri dari mengata dan menhukum org lain....ahahahhahahahahahah...sekadar luahan rasa hati aku...kalau tak suka pun tak pa..tak dak salahnya....

iii) Cerita pasal mulut....
Mulut ni ader mcm2 peribahasa (betui la kot...tak baper pasti betui ker dak bahasa aku nieh...alahaiiii...). Ader MULUT MANIS,MULUT BANYAK, MULUT TEMPAYAN, BAWAK MULUT, MULUT LONGKANG/MULUT BUSUK, MULUT LASER...mcm2 lagi la....okeh...meh kita kupas satu persatu....

a)MULUT MANIS
Yg ni bukan bermakna mulut lps mkn gula atau koi yang manis2....atau lps mkn cekelat....heheheheh tapi org yang pandai berkata2 mcm burung kakak tua...pandai amik hati dalam bahasa sasteranya....org yg ada mulut manis nie org suka....maklumla...bersifat cam gula....bila ada gula tumpah...mula la semut pun "menyemut" heheheheheh...

b)MULUT BANYAK
Org yg ada sifat ni pulak....ialah org yg tersgt peramah....ckp tak ghenti2 aihhhh...bahaya gak....kdg rasa nak ja jerit...tolong diam buleh dak???....

c)MULUT TEMPAYAN
Yg ni khas untuk manusia yang tak gheti bahasa...yang buat2 bangang tak reti nak simpan rahsia org lain. Geng yang ada sifat ni sgt bahaya...kejer memecah rahsia org lain, tak kira la dgn sedar or tanpa sedar. Tapi selalunya depa sememangnya sedar bahawa depa tgh pecahkan tembelang/keburukan org lain. Bawak2 la beringat, Tuhan bayaq cash la la tu jugak....ingat ingatttttt.....

d) BAWAK MULUT
Memg la semua org bwk mulut selalu...kalau dak...cam mana nak mkn...alahaaaaaiiii...tapi bwk mulut ni bukan maksud tu....makna dia tersgt la lain...org yg suka BWK MULUT ni....bermaksud org yg suka mangadu domba perihal org lain....org yg jahat mulut...hati busuk...ngata dan ngutuk org jerk kejanya aihhhhh....fitnah org dah jadi mcm makanan dia....hati lak kering...muka kering ja ngata dan pitenah kat org....kat dpn punya la baik kemain...paling kesian kdg2 sembahyang tak tinggai, tudung litup tak ingat, umoq lak dah lanjut...kuboq dok kata mai oiiii...tapi tetap asyik bawak mulut....cthnya...."hmmm...hang tau dah Senah...anak dia tu jahat cam setan aihh...bla bla bla....":p Padahal apa yg dia citer cuma la rekaan semata. Dia tak tau pun....akibatnya mulalah mangsa dipulau dan dikutuk...Ini lah manusia2 yang tersangat "Bersih dan Suci" hatinya...Depa la dok perasan mcm tu...padahal depa lupa depa tu MULUT LONGKANG....

e) Mulut Laser
Yg ni pulak...org tak reti nak guna common sense dan sensitivity dlm pergaulan. Ada masanya memang baguih...sbb depa tak berpura2...tapi kena la ala kadar...kalau melebih sgt...jadi buruk...sbb kdg2...nampak mcm baguih dok ada aihhhh...renung2 kannnnnnn...selamat beramal....hahahahahahhaah....