Thursday, February 4, 2010

011 : KeTENTUan ILAHI…


Bila kita kupas tentang tajuk ni, mesti perihal rezeki, ajal, jodoh dan takdir akan bermain di minda. Dalam hidup ada sesetengah perkara dalam hidup memang telah tertulis untuk kita. Tapi tak semestinya bila dah begitu kita kena terima tanpa usaha. Contohnya sakit, walaupun kita tahu semua org akan mati tapi kita mesti berusaha untuk terus hidup. Satu lagi perihal rezeki, kita kena berusaha. Tak semestinya miskin sampai kita mati. Itu antara sebahagian darinya la…..

Cerita tentang “KETENTUAN”….hmmmm…hati terasa berat, tanpa aku sedar hati aku jadi sayu dan sedih….ada sesuatu terbuku di lubuk hati yg paling dalam…bukan bermakna aku tak REDHA….jauh sekali menolak ketentuan ini….

11 tahun lalu….untuk sesiapa yang mengenali aku…pasti diorang ingat siapa Naa sebelum tu….Degil, hyper dan happy go luckynya aku. Hanya kerana satu incident…hampir meragut nyawaku…menerbangkan semangatku….menjadikan aku seoranng yang terlalu berbeza…Di situ bermulanya episod paling suram dalam hidup aku. Aku hilang harap untuk hidup, dan yang paling perit….aku hilang “diriku”. Terseksanya aku menjadi manusia yang lemah semangat, yang putus asa, pemarah, hidup dalam ketakutan yang amat. TRAUMA itu bersamaku 7 tahun lamanya. Terima kasih buat keluargaku dan sahabatku Nurul Khalida. Tanpa mereka aku tak mungkin bernyawa hingga kini. Maafkan aku….betapa kalau boleh….aku ingin kembali dan mengubah segala yang berlaku….Kerdilnya aku!!! Kelmarin takkan pernah kembali…yang ada hanya hari ini dan mungkin esok…..

Berakhirnya 7 tahun....aku terduga lagi, sekali lagi aku terduduk. Hancurnya hati aku. Harapanku berkecai. Aku hilang percaya pada insan lain, yang paling teruk aku hilang kepercayaan pada diri sendiri. Saat itu hadirnya seorang yang paling aku sayang hingga saat ini. Tanpamu aku tak mungkin setabah ini. Aku mungkin masih meratapi luka semalam. Aku mula bertatih, membetulkan apa yang salah, mencari diri yang hilang. Membina kekuatan hati dan perasaan. Tuhan itu Maha Mengasihani. Ramai yang menyayangi aku, biar pun semakin byk dugaan yang tiba. Aku kini terlalu berbeza dengan Naa yang dulu. Aku mula mengerti ertinya REDHA, TAKDIR dan KEMAAFAN. Nurul sendiri terkejut dengan aku yang baru….Terima kasih sahabat. Betapa besarnya hutangku pada mu….

Walau setabah mana aku. Aku masih lagi belajar melupai sejarah silam. Pedihnya luka itu tak pernah hilang….setiap kali terkenang rasa sayu dan pilu itu akan bertamu tanpa relaku………..Hatiku mula menangis, mulut mula terkunci…dalam diam aku memujuk hati….Lupakanlah apa yang berlalu Naa!!!…teruskan hidupmu!!!….Dengan perlahan aku tertunduk…mataku berkaca…..Kenangan itu masih “PANAS” dalam mindaku….Dan kekadang kernanya aku mula jadi pemarah…..terlalu defensive….sometimes terlalu sukar untuk didekati……maafkan insan lemah ini…….

Namun aku bersyukur…tanpa “KETENTUAN” itu, aku tak mungkin sekuat dan setabah sekarang. Biar pun dugaan tak pernah behenti, aku semakin kuat…semakin tabah. Tak pernah aku menyangka aku masih mampu berdiri hingga kini. Dugaan yang tiba tak pernah mampu menghakis pekerti aku….tuba yang diberi takkan ku balas dgn tuba…aku bukan TUHAN, tak berhak menghukum apa yang terjadi. Cukup sudah TUHAN berikan hambamu ini sedikit ketabahan dan kelapangan hati, agar aku bisa menghadapinya dgn akal yang waras. Biar dilukai, jgn aku lupa siapa aku, jangan aku sanggup melukai demi bahagianya aku. Ku pohon ketenangan dariMU TUHAN, peluk aku dalam kasihMU. Selimut aku dalam sayangMU. Amin yarabbalamin………

Semakin hari aku makin positif meneruskan hidup, semakin mula bersyukur pada apa yang aku ada. Menghargai setiap org dan nikmat yang hadir dalam hidup. Biar kekadang berperang dgn nafsu sendiri. Perlukah luka dibalas dgn luka?, perlukah aku hilang adab pekerti demi amarah yang bertandang? Atau perlukah aku menyakiti walau aku disakiti?. Persoalannya nampak terlalu mudah ditulis atau diucap….hakikatnya terlalu sukar…..ada kala aku menangis…terlalu sukar sebenarnya bila hati telah dilukai…..

Hidup ini kuteruskan….biar kekadang aku letih….biar kekadang hati ku sakit….aku tak perlukan simpati….selagi nyawa ini masih terpinjam dariNYA….aku akan terus hidup…buat manusia yang selama ini cuba menjatuhkan aku….biar TUHAN yang menentukan….Terima kasih kerana korang membuat aku lebih kuat dan matang…………

No comments: